E-PEMBELAJARAN – HIDDEN PICTURES
TARIKH : 13 Ogos 2023
MASA : 3.00P.M – 5.00P.M
LOKASI : PEDI KG SENTOSA
PESERTA : SEK REN
Tujuan
Tujuan aktiviti mencari benda tersembunyi ini dijalankan adalah untuk mengasah bakat para peserta dari segi minda, kreativiti, dan ketangkasan dalam melakukan sebarang tugas yang diberikan. Melalui aktiviti ini para peserta diuji dalam aspek pengecaman di dalam sesuatu gambar penuh yang telah diberikan.
STEM OIT – TAYANGAN VIDEO DAN PROJEK TANGAN ROBOTIK
TARIKH : 20 Ogos 2023
MASA : 3.00P.M – 6.00P.M
LOKASI : PEDI KG SENTOSA
PESERTA : SEK REN
Tujuan
Meningkatkan tahap kreativiti peserta untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif untuk menghasilkan teknologi baharu pada masa depan. Peserta belajar menghasilkan tangan robotik dengan menggunakan kertas, penyedut minuman, benang dan gam. Peserta telah diajar untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif dengan bantuan daripada video tutorial bagaimana cara untuk menghasilkan tangan robotik.