LATAR BELAKANG CALON
Nama : NORHAFIDZAH BINTI HASSAN
Umur : 37 Tahun
Pekerjaan : Guru Kafa
Latar belakang
Cik Norhafidzah Hassan ialah seorang guru kafa yang hanya tahu asas sahaja dalam penggunaan teknologi dan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi
Pada mulanya saya hanya tahu menggunakan komputer pada peringkat asas sahaja dan tidak begitu faham apa fungsi-fungsi setiap perincian di dalam komputer. Sebelum menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan ,pada awalnya saya hanya mengunjungi PEDi untuk fotostat dan mencetak sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi
Setelah saya menghadiri kelas komputer yang telah dijalankan oleh petugas PEDi serba sedikit saya telah tahu apa itu fungsi dan kegunaan komputer. Telah banyak kelas yang saya ikuti seperti kelas pengenalan tentang komputer, Microsoft Office seperti word, excel dan power point. Selain itu saya juga mengikuti program Kelas Laman Web yang dianjurkan pihak PEDi. Saya mempelajari bagaimana untuk membuat email,facebook dan pelbagai lagi.