PENGUSAHA CENDAWAN TIRAM
Cik Zulaikha Binti Muhammad Fadzir seorang beliawanis Kg Sentosa merupakan seorang Pengusaha Cendawan Tiram yang telah beroperasi selama setahun yang lalu. Beliau merupakan anak sulong daripada 3 beradik. Asal beliau mengusaha Cendawan Tiram adalah minat beliau tentang bentuk dan keunikan cendawan tiram dan secara tidak langsung beliau telah menghadiri kelas dengan Jabatan Pertanian untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang cendawan tiram tersebut. Dengan minat yang mendalam beliau dalam bidang tersebut beliau telah mengeluarkan modal sendiri untuk mendirikan tempat pembaikan cendawan tersebut secara komensial. Akhirnya dengan penat lelah beliau, pihak Jabatan Pertanian telah memberi bantuan dan nasihat dalam proses pembiakan cendawan tiram. Setelah setahun mengusaha perusahaan cendawan tiram tersebut maka cendawan tiram banyak mengeluarkan hasil dan telah dipasarkan di kawasan setempat dan kawasan Daerah Maran.
NAMA PENGUSAHA : NUR ZULAIKHA BINTI MUHAMAD FADZIR
NO TEL : 0111-7936478
ALAMAT : LOT PT 15622 KAMPUNG SENTOSA, 26500 MARAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
PERUSAHAAN : CENDAWAN TIRAM

PENGUSAHA TERNAKAN KAMBING
Encik M. Nashoha adalah seorang peniaga yang berniaga dalam bidang kontraktor dan juga seorang pengusaha ternakan kambing. Beliau telah mengambil inisatif untuk menternak kambing bagi menyeru sautan kerajaan bagi mempertingkatkan usahawan di kalangan bumiputera yang telah di bimbing oleh pihak Risda. Ini adalah Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar. Beliau telah menternak kambing selama beberapa tahun yang lalu yang pada asalnya mempunyai beberapa ekor kambing sahaja dan sehingga kini beliau telah mempunyai sebanyak 37 ekor kambing. Kambing yang diperlihara oleh beliau adalah jenis kambing kampung dan kambing boo.

NAMA PENGUSAHA : M. NASHOHA BIN HJ MD. YUSOF
PROJEK : TERNAKAN KAMBING
TELEFON : 019-9182504


