LATAR BELAKANG CALON
Nama : Ismaliza Binti Abdul Mubin
Tarikh lahir : 06.06.1986
Umur : 33 Tahun
Pekerjaan : Suri Rumah
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Ismaliza adalah seorang usahawan kecil yang berniaga pelbagai jenis bentuk makanan. Jenis makanan adalah kuih muih,makanan kering dan beraneka biskut. Beliau juga aktif dalam mengambil tempahan makanan seperti catering. Saya adalah seorang peniaga yang khusus pada pembuatan peneram dan tempahan makanan untuk majlis-majlis. Walaupun kuih peneram saya sudah dikenali. Tetapi saya suka mencuba benda yang baru dan kini perniagaan saya semakin berkembang. Saya tidak begitu mahir dalam aspek pengendalian perniagaan terutama dalam bidang komputer bagi aktiviti promosi dan pengiklanan produk.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah saya menghadiri kelas yang disediakan oleh petugas di Pusat Internet saya telah sederhana mahir dalam bidang komputer dan mengetahui terdapat pelbagai cara bagaimana ingin berniaga secara online. Akhir nya beliau mula aktif mempromosikan produk-produk beliau ke laman-laman social seperti whatsapp dan facebook. Saya juga kini telah menghasilkan pelbagai produk makanan kering dan telah meluaskan perniagaan COD ke seluruh Daerah Maran malah ada juga tempahan biskut raya dan kek dari luar daerah. Kini, saya juga telah mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak Kemas dan Empower.
Apa yang dipelajari melalui PI
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Cara mengambil gambar produk dengan cara yang betul
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
PI membantu mempromosikan produk dan memberi kelas tambahan