AKTIVITI BULAN 8/2017

Laporan Aktiviti | 12 September 2017

KDB : Tutorial Basic Ukiran Inai Tangan ( Youtube)

Tarikh : 05 September 2017

Masa : 10.00 am – 1.00 pm

Tujuan 

Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat para peserta dan mengajar mereka dengan kreativiti mengukir inai yang ada pada diri masing- masing. Dengan adanya kemahiran ukiran secara tidak langsung peserta boleh menjana pendapatan dengan hasil ukiran tersebut. Kebaikan program seperti ini dapat menggalakkan hubungan silaturahim terjalin antara penduduk setempat dan staff Pi1M Kg Sentosa.

 

E-Pembelajaran : Word Search (ABCYA.Com)

Tarikh : 06.08.2017

Masa : 10.00 a.m – 12.00 p.m

Tujuan

Kelas word search ini merupakan kelas yang mereka gemari kerana ini merupakan idea yang boleh digunakan untuk memantapkan Bahasa Inggeris mereka dalam cara yang ringkas dan paling mudah difahami.  Selain itu, mereka juga dapat mengenali dan mempelajari perkataan-perkataan baru yang digunakan dalam pembelajaran ini.

20170806 145024

 

Latihan Keusahawanan : Intel Easy Steps

Tarikh : 08/08/2017

Masa : 10.00 a.m – 5.00 p.m

Tujuan

Module 1 – 5: Introduction to computer operations & basic software applications. Kursus Entrepreneurship ini dibuat untuk membantu komuniti bagaimana untuk memulakan, membangunkan dan menjalankan sesuatu perniagaan.  Manakala, Kursus Intel Learn Easy Steps ini bertujuan untuk memperkenalkan komputer dan sistem operasi, memperkenalkan internet dan email, memperkenalkan pemprosesan kata, memperkenalkan hamparan elektronik, serta memperkenalkan multimedia.

20170808 113636

 

KDB : Membuat Logo Kemerdekaan Teknik Kolaj

Tarikh : 20.08.2017

Masa : 3.00 p.m – 6.00 p.m

Tujuan

Peserta dikehendaki untuk memasuki kelas untuk mempelajari asas mencipta logo dan mencari ilham untuk mereka logo kelak.  Peserta diberi kebebasan untuk mereka cipta logo mengikut kreativiti mereka sendiri. Masa diberi untuk aktiviti ini adalah 2 jam. Pelbagai bentuk, warna dan ayat digunakan untuk menjadikan logo mereka menarik dan berkesan.

20170820 165838

 

KDB : Pertandingan Mewarna Sempena Hari Kemerdekaan ke 60

Tarikh : 21.08.2017

Masa : 3.30 p.m – 5.30 p.m

Tujuan

Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak disekitar kampung ini. Pertandingan yang berkonsepkan kemerdekaan ini adalah program yang dijalankan setiap tahun. Program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat kenagaraan dikalangan kanak-kanak ini, selain daripada meningkatkan kemahiran dalam mewarna menggunakan aplikasi yang telah dijalankan.

20170821 162824