LATAR BELAKANG CALON
Nama : Pn Suryati bt Harun Narasit
Tarikh lahir : 05 Mac 1972
Umur : 47 Tahun
Pekerjaan : Suri Rumah
Latar belakang
Puan Suryati Harun Narasit adalah seorang surirumah. Seorang yang giat aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan di Kg.Sentosa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya saya hanya tahu menggunakan komputer pada peringkat asas sahaja dan tidak begitu faham apa fungsi-fungsi setiap perincian di dalam komputer. Sebelum menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan ,pada awalnya saya hanya mengunjungi Pusat Internet ketika kelas latihan dan ketika pusat internet mengadakan aktiviti-aktiviti bersama penduduk kampung.,
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah saya menghadiri kelas komputer yang telah dijalankan oleh petugas Pusat Internet serba sedikit saya telah tahu apa itu fungsi dan kegunaan komputer. Telah banyak kelas yang saya ikuti seperti kelas pengenalan tentang computer. Saya juga sudah tahu bagaimana untuk membuka sendiri komputer.