mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2019

Kisah Kejayaan – Usahawan               

Puan Nooraishah adalah seorang surirumah dan peniaga warung kecil-kecilan di kampung. Beliau dalah seorang ibu kepada 2 cahaya mata.

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300.00. Begitupun beliau sudah melibatkan diri dalam perniagaan sejak dari kecil tetapi hanya secara langsung dan tidak melibatkan ICT mahupun di laman sosial.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah saya menghadiri kelas yang disediakan oleh petugas di Pusat Internet saya telah sederhana mahir dalam bidang komputer dan mengetahui terdapat pelbagai cara bagaimana ingin berniaga secara online. Akhir nya dengan perniagaan online yang saya usahakan,perniagaan warung kami makin dikenali dan kini saya sudah berniaga secara Cash On Delivery (COD). Tambahan pula Roti Canai kami yang merupakan menu utama semakin mendapat tempat di hati pengunjung dan warga kampung.