LATAR BELAKANG CALON
Nama : Adik Haziq Farihim Bin Mohd Fauzi
Umur : 12 Tahun
Pekerjaan : Pelajar Sek Ren
Latar belakang
Saya Haziq seorang yang hanya tahu asas sahaja dalam penggunaan teknologi dan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi
Pada mulanya saya lagsung tidak mengetahui apa yang terdapat didalam Komputer dan fungsi komputer di mata saya dan rakan- rakan sehingga la saya menghadiri kelas komputer yang telah diadakan oleh petugas-petugas di PEDi Kg Sentosa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi
Setelah saya menghadiri kelas komputer yang telah dijalankan oleh petugas Pusat Internet serba sedikit saya telah tahu apa itu fungsi dan kegunaan komputer. Telah banyak kelas yang saya ikuti seperti kelas pengenalan tentang komputer, Microsoft Office seperti word, excel dan power point. Selain itu saya juga mengikuti program Klik Dengan Bijak seperti pertandingan menaip dengan pantas, susun silangkata dan kuiz pendidikan.