LATAR BELAKANG CALON
Nama : PUAN NUR ZULAIKHA BINTI MUHAMMAD FADZIR
Umur : 28 Tahun
Pekerjaan : Usahawan/ Suri Rumah
Latar belakang
Puan Zulaikha seorang usahawan Cendawan Tiram, Pakaian online dan Suri Rumah sepenuh masa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini saya tidak mengetahui fungsi Pusat Intenet ini dibina dan mengaggap ianya hanya sebuah Cyber café sahaja. Saya dapat mengatahui pusat internet ini ada menyediakan kelas untuk pelajar, warga emas dan sebagainya. Saya telah didaftarkan oleh petugas untuk menghadiri kelas tersebut. Di situ saya telah mempelajari pelbagai pengisian dalam internet dan juga mengetahui usahawan juga boleh berniaga secara online dan mencari pasaran untuk jualan Cendawan Tiram yang saya sedang usahakan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah saya menghadiri kelas yang disediakan oleh petugas di Pusat Internet saya telah sederhana mahir dalam bidang komputer dan mengetahui terdapat pelbagai cara bagaimana ingin berniaga secara online. Sehubungan dengan itu juga saya telah mencari pasaran bagi perusahaan saya ini sebagai platform saya memperluaskan cendawan tiram saya ini. Selain daripada itu, saya telah menjual produk pakaian wanita seperti baju, jubah dan tudung didalam laman social seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Saya juga menjadi salah seorang usahawan yang menjual barang di dalam Program Dashboard iaitu MyShop. Akhir nya dengan perniagaan online yang saya usahakan sedikit sebanyak membantu saya mencari pendapatan lebih.