LATAR BELAKANG CALON
Nama : Nurul Nabila binti Zazali
Umur : 22 Tahun
Pekerjaan : Pelajar IPT
Latar belakang
Cik Nurul Nabila adalah seorang pelajar di IPT (Universiti Putra Malaysia)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau adalah seorang pelajar yang sudah lama berdaftar di pusat internet. Pada awalnya, kehadiran beliau di pusat internet hanyalah sekadar untuk penggunaan komputer, perkhidmatan printing dan fotostat serta mengikuti kursus-kursus atau bengkel yang modul nya berbentuk khusus buat pelajar
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Semenjak beliau memasuki dunia IPT, sedikit sebanyak beliau mula berminat dalam dunia perniagaan (Ajen Shaklee) dan mula melibatkan diri dalam setiap bengkel yang di anjurkan pusat internet. Setelah mengetahui tentang kuasa media sosial ini, beliau acapkali memuatnaik iklan perniagaannya di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Lama-kelamaan masyarakat sekeliling sudah melihat perkhidmatan yang dilakukan oleh beliau. Kini beliau bukan sekadar seorang pelajar,Cik Nabila juga adalah seorang ajen Shaklee yang berdaftar dan aktif. Kini, di samping kesibukan nya sebagai seorang pelajar ,beliau Berjaya menghasilkan sampingan hampir mencecah RM1000.00-RM2000.00 sebulan pada musim pandemic COVID-90 ini.