LATAR BELAKANG CALON
Nama : Suzi binti Abd Salam
Umur : 43 Tahun
Pekerjaan : Suri Rumah
Bentuk Perniagaan : Surprise Delivery
Latar belakang
Puan Suzi adalah seorang Surirumah dan tidak pernah berminat dan terlintas di fikiran beliau untuk memulakan perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Konsep awal yang dibawa oleh beliau pada permulaannya adalah bawah RM100. Konsep ini bermaksud bouquet-bouquet coklat yang dibuat oleh beliau adalah berharga RM100 dan ke bawah. Bajet yang melebihi daripada harga tersebut kebiasaannya adalah dari permintaan pelanggan itu sendiri. Beliau menjadikan Goggle dan Youtube sebagai panduan kepada beliau untuk membuat bouquet ini. Pada awalnya, beliau mendapat sedikit kesukaran untuk mendapat tempahan daripada pelanggan. Ianya kerana perkhidmatan beliau masih baru dan kurang dikenali dalam kalangan masyarakat setempat. Beliau pernah menerima hanya 1 tempahan sahaja dalam masa sebulan malahan tidak pernah mendapat tempahan langsung sewaktu awal pembabitan beliau. Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan hasratnya itu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Semenjak beliau mengetahui tentang kuasa media sosial ini, beliau acapkali memuatnaik iklan perniagaannya di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Lama-kelamaan masyarakat sekeliling sudah melihat perkhidmatan yang dilakukan oleh beliau. Beliau mampu tersenyum apabila permintaan pelanggan semakin meningkat kepada minimum 4-6 tempahan secara puratanya. Ianya akan bertambah sekiranya terdapat hari-hari istimewa dalam bulan-bulan tertentu seperti Hari Ibu, Hari Guru dan sebagainya.