TEMPAT-TEMPAT MENARIK
HUTAN LIPUR TELADAS
Hutan lipur ini terletak 2km dari Bandar Maran dan 50km dari Temerloh dan telah ditubuhkan pada tahun 1985. Kawasan ini dikunjungi oleh pelawat kerana ia terkenal dengan air terjunnya dan sungainya yang dingin. Ia terletak di dalam hutan yang telah dibalak. Terdapat lebih kurang 1,000 orang pelawat datang berkunjung ke sini di dalam satu bulan terutama di hujung minggu dan musim cuti sekolah. Kemudahan yang telah disediakan meliputi jalan, pondok, bangku, tandas awam, bilik persalinan, jambatan, ampangan dan tangga konkrit yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikpulih. Disamping itu usaha menanam beberapa jenis pokok sebagai program pengindahan telah dijalankan.
TAPAK KERAMAIAN ( AGAMA HINDU )

Upacara keramaian agama Hindu. Penghuni Uthram Festival di Marathandavar Temple menjadi kunjungan ribuan penganut-penganut agama Hindu pada bulan Mac/April setiap tahun untuk tempoh beberapa hari. Kawasan ini terletak di tepi jalan Persekutuan 64. Kawasan ini juga dilengkapi dengan tempat meletak kereta yang sesuai.
PADANG GOLF (Maran Hill Golf Resort)
Terletak kira–kira 3km dari Bandar Maran

LUBUK YU, ULU JEMPUL

Lubuk Yu merupakan kawasan perkelahan yang paling ideal untuk seisi keluarga. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora yang sangat menyegarkan.
CHALET
Terletak kira–kira 2km dari Bandar Maran. Berhadapan dengan Tasik Chalet Maran.

