mcmc
Maklumat Am

PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 3)

Sukacita dimaklumkan, NADI Chuah akan mengadakan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 3.

Pengenalan :

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Peserta akan mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, pengoperasian syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Mereka juga akan didedahkan dengan asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Syarat-syarat Penyertaan :

1.Warganegara Malaysia

2.Berusia 7 – 17 tahun

3.Kanak-kanak Lelaki & Perempuan

4.Berdaftar sebagai Ahli NADI

5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan

6.Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga

Tarikh tutup : 13 Jun 2025

Borang pendaftaran seperti di pautan berikut : 👉https://rebrand.ly/daftarKidVenture atau

Mari mendaftar bersama NADI Kampung Sentosa