mcmc
Sejarah

Sejarah

SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG

Pada tahun 1972, Tun Abdul Razak yang pada ketika itu, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan satu kawasan untuk dijadikan kawasan perumahan banjir yang dikenali sebagai Rumah Banjir yang dikenali sebagai Rumah Banjir Bt. 55. Kawasan ini dibuka kerana pada tahun 1970 telah berlaku banjir besar yang mengakibatkan ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal. Setahun selepas itu, Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Pertanian (LKPP) telah membuat kerja-kerja pembersihan tanah seluas 250 ekar.

Menjelang Tahun 1974, setelah kerja-kerja pembersihan dibuat maka pemindahan mangsa-mangsa banjir pada ketika itu kebanyakkannya dari Pesagi, Kg Paya Pasir, Kg. Tanjung Batu, Sg Ling dan kampung-kampung sekitar. Jadi merekalah penduduk pertama mendiami Perumahan Banjir Bt.55 ini.

Tahun 1975, pembukaan JKKK yang pertama dan telah diterajui oleh Tn. Hj Ahmad bin Zainuddin. DAn perumahan Banjir Bt.55 telah bertukar nama kepada Kg. Sentosa. Setelah penempatan dibuka maka surau telah dibina di kampung sentosa secara gotong-royong. Dan pada tahun itu juga, sebanyak 131 buah rumah telah diisi oleh peserta-peserta dan sebanyak 20 buah tapak rumah pertama telah dibina oleh peserta-peserta.

 

                                                   GAMBAR TERKINI KG SENTOSA